SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Sunday, February 23, 2014

LDP Frog VLE Rekod Pencapaian Kokurikulum

Ahad, 23 Februari 2014 - Satu slot untuk taklimat pengisian Rekod Pencapaian Kokurikulum 2014 telah dijalankan semasa Mesyuarat Pengurusan pada hari ini. Rekod pencapaian tersebut adalah dalam bentuk site di laman Frog VLE yang telah disharekan dengan semua guru SKKDIM yang membolehkan mereka menjalankan proses edit pada site tersebut.


Semua guru penyelaras kelab, persatuan, kelab permainan dan penyelaras aktiviti berbentuk pertandingan adalah diwajibkan untuk mengisi rekod tersebut untuk memudahkan pengisian Easy Koku di akhir tahun kelak.



Taklimat yang disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari, Cikgu Idris menyentuh tentang cara-cara untuk guru mengisi rekod pencapaian tersebut, dimulai dengan cara log in ke laman Frog VLE, bagaimana mengakses dashboard sekolah seterusnya membuka site yang dimaksudkan.


Selain itu, taklimat juga menyentuh tentang kewujudan jadual waktu kelas dan guru secara online di dashboard sekolah selain cara untuk memuatturun gambar aktiviti dari dashboard sekolah.

Friday, February 21, 2014

Promosi Frog VLE : Banner

Sebagai satu cara untuk mempromosi Frog VLE kepada guru dan murid SK Kg Dato Ibrahim Majid, dua keping banner telah dibuat hasil rekabentuk oleh En. Afiq, juruteknik komputer sekolah. Banner tersebut kemudiannya dibingkaikan dan digantung di dinding luar makmal komputer supaya semua orang yang melalui kawasan tersebut dapat melihatnya.

Sebelum mula, pastikan tools mencukupi.

Satu telah siap dipasang.

 Satu lagi sedang dipasang.


Hasilnya.....

Wednesday, February 19, 2014

Kelab ICT : Kemahiran Menaip

Rabu, 19 Februari 2014 - Pada perjumpaan kali ini, ahli Kelab ICT telah didedahkan dengan kaedah yang betul untuk menaip. Yang dimaksudkan dengan kaedah yang betul adalah menggunakan jari yang betul untuk menekan sesuatu huruf atau simbol pada keyboard.

Untuk itu, satu site telah dibina di laman Frog VLE yang bertajuk Belajar Menaip Dengan Betul. Dalam site tersebut, terdapat tiga pages iaitu yang pertama memaparkan satu diagram penggunaan jejari untuk menaip.


Pada page kedua, laman web untuk latihan menaip telah diembed ke site di mana ahli kelab berlatih menaip menggunakan jari yang betul mengikut permainan yang disediakan.


Page ketiga pula memaparkan Ujian Kepantasan Menaip dari laman web yang juga diembed ke site.




Ahli kelab seronok menjalankan aktiviti melalui Frog VLE.

Tuesday, February 11, 2014

Sesi PdP Chromebook @11/2/2014

Tarikh : 11 Februari 2013
Masa  : 11.20 pagi - 12.20 tengahari
Kelas  : 4 Delima
Subjek : Bahasa Inggeris
Guru   : Pn. Mariani bt Ismail
Kandungan : Aplikasi emel. Menghantar emel dan membalas emel rakan.

 Teacher Mariani sedang mengedarkan Kad Frog kepada murid-murid.


  Wajah-wajah teruja dengan kad frog masing-masing.


 Wajah-wajah teruja dengan kad frog masing-masing.

 Murid sedang mengarang emel.






Sunday, February 9, 2014

Promosi Frog VLE : Edaran Modul Membina Site

Ahad, 9 Februari 2014 - Sebagai penerusan kepada in house training yang telah dijalankan pada akhir tahun 2013, satu modul panduan membina site dalam frog VLE telah disediakan sebagai rujukan kepada guru-guru dalam menjalankan PdP menggunakan Frog VLE. Pada hari ini ianya telahpun mula diedarkan kepada semua guru-guru SKKDIM.

Diharapkan dengan adanya modul tersebut, guru-guru dapat membina site pembelajaran untuk digunakan semasa sesi PdP mereka bersama murid-murid.


Modul telah siap untuk diedarkan.

GPB mengedarkan modul dengan senyuman...

Selepas ini sudah boleh mengajar menggunakan Frog...

Tuesday, February 4, 2014

Sesi PdP Menggunakan Chromebook

Tarikh : 28 Januari 2013
Masa  : 9.50 - 10.50 pagi
Kelas  : 2 Delima
Subjek : Dunia Sains teknologi (DST)
Guru   : Cik Asnim bt Bakeri

 Cikgu Asnim sedang mengajar

 Juruteknik komputer merangkap pembantu makmal komputer, En. Afiq membantu sesi PdP

 Belajar menaip menggunakan jari yang betul


Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms