SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Showing posts with label Chromebook. Show all posts
Showing posts with label Chromebook. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

PdP Frog VLE - Google Drive Spreadsheet

Murid-murid 3 Delima pada hari ini melalui proses PdP menyeronokkan di makmal komputer di mana mereka membina satu hamparan elektronik berbentuk pengiraan menggunakan Google Drive apps dan juga chromebook.

Proses PdP Dunia Sains dan Teknologi ini adalah di bawah seliaan Pn. Suriani binti Mohamed. Setelah membina fail tersebut, murid-murid berkongsikan fail mereka dengan guru dan dipaparkan nama-nama mereka yang telah berjaya membuat perkongsian tersebut.







Wednesday, May 21, 2014

Belajar Membaca Bahasa Inggeris Melalui Frog VLE

Pada sesi PdP hari ini, murid tahun 4 Nilam dibawa masuk ke makmal komputer untuk sesi PdP Frog VLE. Satu site telah dibina bertajuk 'The Curious Monkey' telah dibina untuk sesi kali ini. Murid diberikan chromebook dan headphone setiap seorang dan mereka berlatih membaca dan menyebut perkataan dengan hanya klik pada teks yang terpapar.





Wednesday, February 19, 2014

Kelab ICT : Kemahiran Menaip

Rabu, 19 Februari 2014 - Pada perjumpaan kali ini, ahli Kelab ICT telah didedahkan dengan kaedah yang betul untuk menaip. Yang dimaksudkan dengan kaedah yang betul adalah menggunakan jari yang betul untuk menekan sesuatu huruf atau simbol pada keyboard.

Untuk itu, satu site telah dibina di laman Frog VLE yang bertajuk Belajar Menaip Dengan Betul. Dalam site tersebut, terdapat tiga pages iaitu yang pertama memaparkan satu diagram penggunaan jejari untuk menaip.


Pada page kedua, laman web untuk latihan menaip telah diembed ke site di mana ahli kelab berlatih menaip menggunakan jari yang betul mengikut permainan yang disediakan.


Page ketiga pula memaparkan Ujian Kepantasan Menaip dari laman web yang juga diembed ke site.




Ahli kelab seronok menjalankan aktiviti melalui Frog VLE.

Tuesday, February 11, 2014

Sesi PdP Chromebook @11/2/2014

Tarikh : 11 Februari 2013
Masa  : 11.20 pagi - 12.20 tengahari
Kelas  : 4 Delima
Subjek : Bahasa Inggeris
Guru   : Pn. Mariani bt Ismail
Kandungan : Aplikasi emel. Menghantar emel dan membalas emel rakan.

 Teacher Mariani sedang mengedarkan Kad Frog kepada murid-murid.


  Wajah-wajah teruja dengan kad frog masing-masing.


 Wajah-wajah teruja dengan kad frog masing-masing.

 Murid sedang mengarang emel.






Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms