SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Showing posts with label PdP. Show all posts
Showing posts with label PdP. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

PdP Frog VLE Kelas Pendidikan Khas

Setiap hari Rabu, murid pendidikan khas akan masuk ke dalam makmal komputer untuk sesi pembelajaran berbantukan komputer dan pada hari ini Cikgu Hairul Azmi telah memperkenalkan Frog VLE kepada mereka.

Beliau yang dibantu PPM Pn. Nurdiana telah membimbing Afif dan Syafiqah bagaimana untuk menambahsuai dashboard peribadi mereka dengan memasukkan beberapa widget asas iaitu text dan media.

Tahniah buat Cikgu Azmi dan Pn. Nurdiana.




Thursday, July 3, 2014

Berseronok belajar Bahasa Inggeris dengan Action Song

Murid-murid Tahun 4 Nilam sedang berseronok belajar dengan video action song.


 

Wednesday, June 18, 2014

PdP Frog VLE - Google Drive Spreadsheet

Murid-murid 3 Delima pada hari ini melalui proses PdP menyeronokkan di makmal komputer di mana mereka membina satu hamparan elektronik berbentuk pengiraan menggunakan Google Drive apps dan juga chromebook.

Proses PdP Dunia Sains dan Teknologi ini adalah di bawah seliaan Pn. Suriani binti Mohamed. Setelah membina fail tersebut, murid-murid berkongsikan fail mereka dengan guru dan dipaparkan nama-nama mereka yang telah berjaya membuat perkongsian tersebut.







Wednesday, May 21, 2014

Belajar Membaca Bahasa Inggeris Melalui Frog VLE

Pada sesi PdP hari ini, murid tahun 4 Nilam dibawa masuk ke makmal komputer untuk sesi PdP Frog VLE. Satu site telah dibina bertajuk 'The Curious Monkey' telah dibina untuk sesi kali ini. Murid diberikan chromebook dan headphone setiap seorang dan mereka berlatih membaca dan menyebut perkataan dengan hanya klik pada teks yang terpapar.





Tuesday, February 11, 2014

Sesi PdP Chromebook @11/2/2014

Tarikh : 11 Februari 2013
Masa  : 11.20 pagi - 12.20 tengahari
Kelas  : 4 Delima
Subjek : Bahasa Inggeris
Guru   : Pn. Mariani bt Ismail
Kandungan : Aplikasi emel. Menghantar emel dan membalas emel rakan.

 Teacher Mariani sedang mengedarkan Kad Frog kepada murid-murid.


  Wajah-wajah teruja dengan kad frog masing-masing.


 Wajah-wajah teruja dengan kad frog masing-masing.

 Murid sedang mengarang emel.






Tuesday, February 4, 2014

Sesi PdP Menggunakan Chromebook

Tarikh : 28 Januari 2013
Masa  : 9.50 - 10.50 pagi
Kelas  : 2 Delima
Subjek : Dunia Sains teknologi (DST)
Guru   : Cik Asnim bt Bakeri

 Cikgu Asnim sedang mengajar

 Juruteknik komputer merangkap pembantu makmal komputer, En. Afiq membantu sesi PdP

 Belajar menaip menggunakan jari yang betul


Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms