SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Showing posts with label Pekeliling. Show all posts
Showing posts with label Pekeliling. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Perolehan Peralatan ICT di Sekolah

Setiap perolehan peralatan ICT di sekolah hendaklah MENDAPAT KELULUSAN TEKNIKAL dari:

Urusetia Jawatankuasa ICT
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
(Sektor Pengurusan Maklumat,
Jabatan Pelajaran Johor)

serta MENDAPAT KEBENARAN KEWANGAN dari :

Ketua PTJ (Unit Akaun, Jabatan Pelajaran Johor).

Sekolah-sekolah yang berhasrat membuat perolehan peralatan ICT perlulah meneliti dan mematuhi surat pekeliling :

1. Surat Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2009 - Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian Dan Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik untuk muat turun

2. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2010 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid. Sila klik untuk muat turun

* Pembelian peralatan ICT dan alat penyaman udara TIDAK DIBENARKAN menggunakan peruntukan PCG

Thursday, February 10, 2011

Tatacara Pelupusan Aset ICT

TATACARA PELUPUSAN ASET ICT
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

1. Aset ICT meliputi peralatan di makmal komputer, asrama, pentadbiran dan
sebagainya.
2. Aset perlu cukup umur lebih dari 5 tahun bermula dari tarikh penerimaan aset
dan tidak perlu surat sokongan.
3. Jika aset tidak cukup 5 tahun, maka ia tidak boleh dibuat pelupusan, namun
perlu buat penyelenggaraan ataupun "call" vendor jika masih dalam waranti.
4. Jika aset tidak lagi ekonomi untuk dibaiki sedangkan ia kurang dari 5 tahun
perlu mendapat surat sokongan dari Juruteknik Komputer Ft 17 .
5. Sediakan dokumen KEW.PA 17. Ruangan tandatangan perlu dikosongkan
kerana ia akan di isi oleh Lembaga Pemeriksa yang dilantik oleh KSU
kementerian Pelajaran.
6. Sediakan salinan KEW 312.(salinan KEW.PA 2 akan bermula pada tahun
2012 bagi aset ict yang bermula pada tahun 2007)
7. Hantar semua dokumen tersebut kepada Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
JPNJ untuk perkara perlupusan.
8. Untuk makluman, KEW.PA-16 tidak perlu dibuat kerana ia akan disediakan
oleh Pegawai Teknologi Maklumat jabatan (Pegawai Gred F).
9. Urusetia Pelupusan akan menyediakan KEW.PA-16 dan KEW.PA-17.
Satu pemantauan akan dibuat secara rambang mengikut senarai pendek
sekolah.
10. Setelah semua proses dibuat, satu surat kelulusan pelupusan akan
dikeluarkan oleh Pengarah JPNJ.
11. Pada kebiasaannya, jawatankuasa akan menetapkan kaedah pelupusan
secara Jualan Sisa.
12. Melalui kaedah jualan sisa ia boleh dijual pada mana-mana tempat seperti
tempat jualan besi buruk dan sebagainya.(Dapat resit dari pembeli sebagai
bukti penjualan).
13. Hasil jualan hendaklah dihantar ke Unit kewangan JPNJ/PPD.
Sediakan dokumen seperti dibawah:
a. Satu salinan Sijil KEW.PA 19 .
b. Satu salinan kutipan hasil jualan (dalam bentuk wang pos atau kiriman
wang).
c. Satu salinan bukti jualan (resit)
14. Semua dokumen tersebut sila hantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT).
15. Kemaskini KEW.312 di ruangan Pelupusan.
16. Namun begitu,sukacita diingatkan agar pihak yang terlibat membuat proses
pelupusan perlu melaksanakannya setelah mendapat penggantian.
17. Sekiranya sudah menghampiri tarikh tamat tempoh kelulusan pelupusan
sedangkan penggantian masih lagi belum diperolehi sila mohon perlanjutan
kelulusan pelupusan sehingga mendapat penggantian (Sila rujuk Bab EPelupusan,
perkara 30).
18. Oleh yang demikian aset tersebut masih lagi layak untuk diselenggara.
19. Bagi tujuan penyelenggaraan sila hubungi Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Johor.
Sila Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007.
20. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai diSPM(ICT)-072332295

Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms