Saturday, February 12, 2011

Aluan Guru Besar


Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak jawatankuasa Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Kampung Dato’ Ibrahim Majid kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Folio Digital Makmal Komputer sekolah ini .Tahniah kepada semua yang terlibat kerana berjaya menghasilkan folio yang unik ini kerana ianya adalah berbentuk web blog yang boleh diakses oleh jutaan pengguna internet.

Kecemerlangan bukanlah satu warisan sesuatu bangsa, tetapi merupakan kreativiti penciptaan, pemikiran dan hasil pengorbanan semua pihak yang berjiwa besar. Lantaran itu, kecemerlangan perlulah dijadikan satu budaya dalam kalangan semua pihak di sekolah. Kesanggupan membuat sesuatu secara kolektif dan bersungguh-sungguh akan membolehkan kita melaksanakan apa jua tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan. Apa sahaja yang dibuat mestilah bermatlamatkan penghasilan yang terbaik, tertinggi dan sekiranya dilakukan berulang-ulang, akan menjadi sebahagian daripada peribadi dan personaliti.

Saya yakin budaya cemerlang telah terterap dalam jiwa setiap anggota masyarakat di sekolah ini. Pelbagai kejayaan yang membanggakan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum telah membuktikannya. Semoga amalan budaya cemerlang ini akan terus mekar di Sekolah Kebangsaan Kampung Dato’ Ibrahim Majid.

Akhirnya saya mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ dan semoga tercapai segala cita-cita yang dihajati. Sekian, terima kasih.

PN. ROGAYAH BT. ABDULLAH
Guru Besar,
SK Kg. Dato’ Ibrahim Majid

Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms