Ahad, 23 Februari 2014 - Satu slot untuk taklimat pengisian Rekod Pencapaian Kokurikulum 2014 telah dijalankan semasa Mesyuarat Pengurusan pada hari ini. Rekod pencapaian tersebut adalah dalam bentuk site di laman Frog VLE yang telah disharekan dengan semua guru SKKDIM yang membolehkan mereka menjalankan proses edit pada site tersebut.
Semua guru penyelaras kelab, persatuan, kelab permainan dan penyelaras aktiviti berbentuk pertandingan adalah diwajibkan untuk mengisi rekod tersebut untuk memudahkan pengisian Easy Koku di akhir tahun kelak.
Selain itu, taklimat juga menyentuh tentang kewujudan jadual waktu kelas dan guru secara online di dashboard sekolah selain cara untuk memuatturun gambar aktiviti dari dashboard sekolah.
9:26 PM
Idris

