SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Perolehan Peralatan ICT di Sekolah

Setiap perolehan peralatan ICT di sekolah hendaklah MENDAPAT KELULUSAN TEKNIKAL dari:

Urusetia Jawatankuasa ICT
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
(Sektor Pengurusan Maklumat,
Jabatan Pelajaran Johor)

serta MENDAPAT KEBENARAN KEWANGAN dari :

Ketua PTJ (Unit Akaun, Jabatan Pelajaran Johor).

Sekolah-sekolah yang berhasrat membuat perolehan peralatan ICT perlulah meneliti dan mematuhi surat pekeliling :

1. Surat Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2009 - Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian Dan Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik untuk muat turun

2. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2010 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid. Sila klik untuk muat turun

* Pembelian peralatan ICT dan alat penyaman udara TIDAK DIBENARKAN menggunakan peruntukan PCG

Thursday, February 10, 2011

Tatacara Pelupusan Aset ICT

TATACARA PELUPUSAN ASET ICT
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

1. Aset ICT meliputi peralatan di makmal komputer, asrama, pentadbiran dan
sebagainya.
2. Aset perlu cukup umur lebih dari 5 tahun bermula dari tarikh penerimaan aset
dan tidak perlu surat sokongan.
3. Jika aset tidak cukup 5 tahun, maka ia tidak boleh dibuat pelupusan, namun
perlu buat penyelenggaraan ataupun "call" vendor jika masih dalam waranti.
4. Jika aset tidak lagi ekonomi untuk dibaiki sedangkan ia kurang dari 5 tahun
perlu mendapat surat sokongan dari Juruteknik Komputer Ft 17 .
5. Sediakan dokumen KEW.PA 17. Ruangan tandatangan perlu dikosongkan
kerana ia akan di isi oleh Lembaga Pemeriksa yang dilantik oleh KSU
kementerian Pelajaran.
6. Sediakan salinan KEW 312.(salinan KEW.PA 2 akan bermula pada tahun
2012 bagi aset ict yang bermula pada tahun 2007)
7. Hantar semua dokumen tersebut kepada Sektor Pengurusan Maklumat (ICT),
JPNJ untuk perkara perlupusan.
8. Untuk makluman, KEW.PA-16 tidak perlu dibuat kerana ia akan disediakan
oleh Pegawai Teknologi Maklumat jabatan (Pegawai Gred F).
9. Urusetia Pelupusan akan menyediakan KEW.PA-16 dan KEW.PA-17.
Satu pemantauan akan dibuat secara rambang mengikut senarai pendek
sekolah.
10. Setelah semua proses dibuat, satu surat kelulusan pelupusan akan
dikeluarkan oleh Pengarah JPNJ.
11. Pada kebiasaannya, jawatankuasa akan menetapkan kaedah pelupusan
secara Jualan Sisa.
12. Melalui kaedah jualan sisa ia boleh dijual pada mana-mana tempat seperti
tempat jualan besi buruk dan sebagainya.(Dapat resit dari pembeli sebagai
bukti penjualan).
13. Hasil jualan hendaklah dihantar ke Unit kewangan JPNJ/PPD.
Sediakan dokumen seperti dibawah:
a. Satu salinan Sijil KEW.PA 19 .
b. Satu salinan kutipan hasil jualan (dalam bentuk wang pos atau kiriman
wang).
c. Satu salinan bukti jualan (resit)
14. Semua dokumen tersebut sila hantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT).
15. Kemaskini KEW.312 di ruangan Pelupusan.
16. Namun begitu,sukacita diingatkan agar pihak yang terlibat membuat proses
pelupusan perlu melaksanakannya setelah mendapat penggantian.
17. Sekiranya sudah menghampiri tarikh tamat tempoh kelulusan pelupusan
sedangkan penggantian masih lagi belum diperolehi sila mohon perlanjutan
kelulusan pelupusan sehingga mendapat penggantian (Sila rujuk Bab EPelupusan,
perkara 30).
18. Oleh yang demikian aset tersebut masih lagi layak untuk diselenggara.
19. Bagi tujuan penyelenggaraan sila hubungi Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Johor.
Sila Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007.
20. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai diSPM(ICT)-072332295

Tuesday, February 1, 2011

Pengurusan Stok Dan Inventori

Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan di kebanyakan makmal komputer sekolah tidak lengkap dan ini menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak, mengesan dan mengemaskini untuk memudahkan pentadbiran makmal komputer.

Buku Stok

Buku Stok makmal komputer disediakan dalam tiga jenis.

• Stok Bekalan Pejabat
- untuk merekodkan peralatan dan bahan yang luak serta nilai harganya adalah rendah.
• Stok Inventori
- untuk merekodkan barang tidak luak yang harganya kurang RM500.00
• Stok Harta Modal
- untuk merekodkan barang-barang tidak luak yang berharga RM500.00 dan ke atas.

Penyemakan Buku Stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Panduan Perbendaharaan (tatacara pengurusan stor) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi. Penggunaan komputer dalam pengurusan stok adalah digalakkan.

Keselamatan Perisian

  1. Laporkan sebarang kerosakan perisian komputer kepada guru
  2. penyelaras makmal dan komputer berkenaan dilabelkan dengan
  3. maklumat kerosakan.
  4. Jangan menyalin perisian dari luar ke dalam cakera keras komputer tanpa kebenaran.
  5. Jangan membawa masuk sebarang perisian dari luar ke dalam makmal tanpa kebenaran.
  6. Jangan menyalin perisian dari cakera keras komputer tanpa kebenaran.
  7. Kemaskinikan perisian anti-virus dari semasa ke semasa.
  8. Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna perlu dihapuskan dan buat salinan semula ke cakera keras.
  9. Jika terdapat virus menjangkiti mana-mana cakera keras, imbas dan nyahkannya.
  10. Lakukan aktiviti ”scandisk” dan ”defrag” untuk cakera keras dengan kekerapan sekali dalam sebulan.

Keselamatan Komputer

  1. Suhu di dalam makmal komputer mestilah tidak lebih daripada 40 c.
  2. Penggunaan alat pendingin udara adalah digalakkan.
  3. Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik ke komputer sentiasa terkawal dan stabil.
  4. Elakkan dari terlalu banyak menggunakan “socket extension”.
  5. Jika perlu memindahkan komputer, elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.
  6. Jangan biarkan unit sistem terdedah terlalu lama tanpa “casing”.
  7. Gunakan peralatan “can-air” untuk kerja-kerja membersihkan habuk di bahagian dalam unit sistem.
  8. Tanggalkan palam 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai
  9. menggunakan komputer.
  10. “Shut down” unit sistem dahulu sebelum menyambung sebarang peranti ke komputer .
  11. Elakkan papan kekunci daripada terkena air dan terdedah kepada habuk.
  12. Penyambungan kabel-kabel ke unit system perlu dilakukan dengan
  13. berhati-hati supaya pin kabel tidak terliuk, terpatah atau termasuk ke dalam.

Keselamatan Perkakasan

  1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
  2. Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
  3. Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.
  4. Imbas cakera liut / “Usb Flash Drive” sebelum digunakan untuk
  5. mengelakkan dari berlaku sebaran virus kepada fail-fail dalam komputer.
  6. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
  7. Matikan suis pencetak selepas digunakan.
  8. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan
  9. kepada guru penyelaras makmal komputer.
  10. Jeriji besi perlu dipasang di pintu dan di tingkap untuk mengelakkan kecurian.
  11. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu
  12. dipasang untuk mengesan kejadian kebakaran sekiranya berlaku.
  13. Tindakan pantas perlu di ambil dengan menghubungi pihak berkuasa sekiranya sistem penggera berbunyi.
  14. Pemacu cakera liut perlu diselenggara secara berkala supaya ianya berada berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Senarai Keselamatan Pengguna

  • Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
  • Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
  • Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
  • Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
  • Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
  • Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
  • Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
  • Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
  • Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan unit sistem di “shutdown” dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan “plug”.
  • Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
  • Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah; tukar mana-mana kabel kuasa yang rosak.

Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms