Saturday, February 12, 2011

Sejarah

Operasi Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid bermula pada 1 oktober 2004 apabila bangunan makmal siap dibina dan diserahkan kepada sekolah. Sebelum itu sekolah mempunyai satu bilik komputer yang kini dijadikan sebagai Bilik PPSMI. Makmal komputer ini adalah model M2 dibawah Fasa 3 Projek Pengkomputeran Sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid boleh menempatkan seramai 40 orang murid pada satu-satu masa di mana ianya dilengkapi 20 unit komputer murid dan satu komputer guru.

Di awal operasinya, jadual penggunaan yang disusun adalah berkonsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer dengan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai tunjang utama. Setiap kelas diatur untuk menggunakan makmal empat kali dalam sebulan dengan setiap subjek pada minggu berlainan dalam bulan tersebut.

Dengan perkembangan PPSMI dan kini dasar MBMMBI, jadual penggunaan makmal komputer mulai tahun 2011 disusun dengan subjek Dunia Sains dan Teknologi bagi Tahun 1 dan subjek ICTL (ICT Literacy) bagi Tahun 2 hingga 6. Walaupun begitu, guru subjek lain boleh menggunakan makmal komputer bagi tujuan P&P dengan memaklumkan kepada penyelaras sehari sebelum penggunaan mengikut kekosongan.

Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms