SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

LDP - Kursus Bina Blog & MS Excel


Sabtu, 8 Oktober 2011 - Satu kursus di bawah siri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dijalankan di makmal komputer SKKDIM pada hari ini. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Md. Idris Shafie b Md. Saleh, Guru Penyelaras Bestari sekolah dan mengkhusus mengenai pembinaan blog dan Microsoft Excel.

Kursus telah bermula jam 8.00 pagi dengan slot pertama iaitu pembinaan blog. Objektif utama kursus blog ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang medium blog yang boleh berperanan menyampaikan maklumat dan perkembangan sekolah terkini dengan pantas dan meluas. Ia juga memberi dimensi baru kepada guru dalam menyalurkan maklumat kepada pelajar selain laman sosial seperti facebook dan twitter.

Slot seterusnya adalah tentang pembinaan satu hamparan elektronik (spreadsheet) sistem pemarkahan murid menggunakan Microsoft Excel. Guru-guru telah didedahkan dengan penggunaan beberapa function penting dalam membina sistem pemarkahan murid yang interaktif seperti vlookup, countif dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, perjalanan kursus adalah lancar dengan penyertaan aktif oleh peserta kecuali sedikit masalah internet connection yang perlahan.

Thursday, June 2, 2011

Pembelajaran Berbantukan Web Zoom A

Bagi aktiviti yang dirancang pengurusan makmal komputer yang menjurus kepada pembelajaran kendiri, langganan akaun laman web zoom a telah dibuat di awal tahun. Murid-murid dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk membuat latih tubi soalan-soalan mirip soalan peperiksaan bagi memantapkan lagi kefahaman mereka seusai proses P&P.

Saturday, April 16, 2011

Ujian Online Permata Pintar

Sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor berikut

pihak pengurusan Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid telah menyediakan peluang kepada murid-murid yang berpotensi dan dikenalpasti kebolehan I.Q. mereka untuk menduduki Ujian Permata Pintar secara online di makmal komputer.

Proses kenalpasti tahap dan kebolehan IQ murid-murid ini bermula dengan penyenaraian nama-nama mereka yang berpotensi oleh guru-guru kelas setelah berbincang dengan guru subjek. Setelah itu, murid-murid ini diberi ujian saringan pertama secara bertulis yang mana mereka diuji dengan soalan-soalan logik akal.

Murid yang melepasi ujian saringan bertulis tadi kemudiannya dibawa masuk ke dalam makmal komputer untuk menduduki ujian saringan sebenar secara online. 

Wednesday, February 23, 2011

Aktiviti : P&P Dunia Sains & Teknologi



Murid-murid Tahun 1 Delima yang telah memulakan silibus Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 belajar Microsoft Powerpoint di makmal komputer pada hari ini. Guru mereka, Pn. Suriani bt Mohamed telah membimbing mereka untuk penggunaan asas Powerpoint iaitu menaip teks dan menyisip gambar dalam slaid persembahan.

Thursday, February 17, 2011

Aktiviti : P&P ICTL


Hari ini murid-murid Tahun 4 Nilam dibawa masuk ke makmal komputer untuk sesi pembelajaran ICTL. Topik yang mereka belajar ialah Folder Management dimana mereka diajar cara-cara membuat new folder dan kemudian menyimpan fail di dalam folder tersebut.

Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms