Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada saya dan jawatankuasa saya untuk menghasilkan folio digital ini.
Makmal Komputer sekolah diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan tahap proses pengajaran dan pembelajaran masa kini yang menuntut kepada penggunaan peralatan ICT. Melaluinya, guru dapat mempelbagaikan strategi serta teknik pengajaran agar murid dapat meresapi pelajaran yang diajar dengan lebuh berkesan. Selain itu, murid berpeluang meningkatkan penguasaan dan penggunaan kemahiran ICT untuk proses pembelajaran.
Penggunaan Makmal Komputer yang berterusan diharap dapat membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menghulurkan bantuan tenaga dan masa untuk melahirkan folio digital ini.
Sekian, terima kasih.
MD. IDRIS SHAFIE BIN MD.SALEH
Penyelaras Makmal Komputer,
SK Kg. Dato’ Ibrahim Majid.
Saturday, February 12, 2011
Aluan Penyelaras
12:34 AM
Idris