SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Kg Dato Ibrahim Majid merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Wednesday, July 9, 2014

PdP Frog VLE Kelas Pendidikan Khas

Setiap hari Rabu, murid pendidikan khas akan masuk ke dalam makmal komputer untuk sesi pembelajaran berbantukan komputer dan pada hari ini Cikgu Hairul Azmi telah memperkenalkan Frog VLE kepada mereka.

Beliau yang dibantu PPM Pn. Nurdiana telah membimbing Afif dan Syafiqah bagaimana untuk menambahsuai dashboard peribadi mereka dengan memasukkan beberapa widget asas iaitu text dan media.

Tahniah buat Cikgu Azmi dan Pn. Nurdiana.




Thursday, July 3, 2014

Berseronok belajar Bahasa Inggeris dengan Action Song

Murid-murid Tahun 4 Nilam sedang berseronok belajar dengan video action song.


 

Wednesday, June 18, 2014

PdP Frog VLE - Google Drive Spreadsheet

Murid-murid 3 Delima pada hari ini melalui proses PdP menyeronokkan di makmal komputer di mana mereka membina satu hamparan elektronik berbentuk pengiraan menggunakan Google Drive apps dan juga chromebook.

Proses PdP Dunia Sains dan Teknologi ini adalah di bawah seliaan Pn. Suriani binti Mohamed. Setelah membina fail tersebut, murid-murid berkongsikan fail mereka dengan guru dan dipaparkan nama-nama mereka yang telah berjaya membuat perkongsian tersebut.







Friday, May 30, 2014

LDP 2014 - Pembugaran Frog VLE

Selasa, 27 Mei 2014 - Hari ini merupakan hari pertama cuti pertengahan tahun namun guru-guru SKKDIM masih hadir ke sekolah untuk sambungan kursus Frog VLE di makmal komputer sekolah. Pada kali ini, penekanan dan fokus kursus adalah aktiviti pembinaan site secara hands on bagi memastikan setiap perserta kursus dapat membina site PdP.  Kursus telah disampaikan oleh Guru Penyelaras Bestari sekolah, Cikgu Idris.






Wednesday, May 21, 2014

Belajar Membaca Bahasa Inggeris Melalui Frog VLE

Pada sesi PdP hari ini, murid tahun 4 Nilam dibawa masuk ke makmal komputer untuk sesi PdP Frog VLE. Satu site telah dibina bertajuk 'The Curious Monkey' telah dibina untuk sesi kali ini. Murid diberikan chromebook dan headphone setiap seorang dan mereka berlatih membaca dan menyebut perkataan dengan hanya klik pada teks yang terpapar.





Saturday, March 22, 2014

Ujian Permata Pintar UKM1 Tahun 2014

Rabu, 19 Mac 2014 - Hari ini telah selesai sesi ketiga ujian Permata Pintar dijalankan di makmal komputer sekolah. Sesi pertama dan kedua telah berlangsung pada hari Isnin dan Selasa.

Sejumlah 48 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah dicalonkan untuk menduduki ujian ini oleh guru kelas masing-masing. Pencalonan mereka ini adalah berdasarkan pemerhatian guru kelas dan juga perbincangan dengan guru matapelajaran lain khususnya Matematik dan Bahasa Melayu kerana ujian Permata pintar ini melibatkan soalan-soalan yang menguji Intelligence Quotient (IQ) dan kepintaran berbahasa.

Muat Turun Modul ICTL

Year 2
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Module I     Module J     Assessment
Year 3
    Introduction     Module A     Module B     Module C
    Module D     Module E     Module F     Module G
    Module H     Glossary     Assessment
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms