Bagi memudahkan serta melancarkan sesi PdP menggunakan Frog VLE, satu inisiatif telah dibuat untuk menyediakan Kad Yes ID bagi setiap murid SK Kg Dato Ibrahim Majid. Kad-kad tersebut mengandungi maklumat nama murid, Yes ID serta password mereka dan dicetak berlainan warna mengikut tahun pembelajaran. Setelah itu, ianya dilaminated dan disimpan di bekas khas dan ditempatkan di meja guru di makmal komputer.
Cara penggunaannya ialah sebelum guru memulakan kelas, kad tersebut akan diedarkan kepada murid-murid. Ini akan membolehkan mereka log masuk ke dalam laman Frog dengan mudah memandangkan mereka sukar untuk menghafal Yes ID masing-masing.
Friday, January 17, 2014
Frog VLE : Kad Yes ID Murid

